Bengkel Bisnes Pakaian : Lokasi Melaka






Bisnes jual pakaian menyediakan pelbagai jenis pakaian dewasa dan kanak-kanak, baik lelaki mahupun perempuan. Bisnes mudah ini mampu dilakukan oleh semua golongan sama ada golongan yang bekerja ataupun suri rumah. Empat cara bisnes jual pakaian dengan modal yang rendah adalah:

  • Dari rumah ke rumah
  • Kawasan tumpuan
  • Pasar malam
  • Secara online


Buku ini menerangkan pelbagai panduan dan selok-belok bisnes supaya dapat dipraktikkan dengan baik dan berjaya.

Saat Sulaiman adalah usahawan bisnes jual pakaian selama  hampir 20 tahun.. Beliau menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan juga rakan-rakan yang sudah menjadi usahawan bisnes pakaian yang berjaya.

 




Jom beli Ebook :




Tentatif  bengkel :

0800 pagi - 1230 tengah hari : Sesi Pertama 

1230-1400 : Rehat / Solat Zuhur / Makan Tengah Hari 

1400-1530 petang : Sesi Kedua 

8 JAM BENGKEL 

FAEDAH & KELEBIHAN KURSUS :

a) Mendapat ilmu pengetahuan dan kemahiran relevan berkaitan bisnes pakaian .

b ) Ilmu memborong di Malaysia dan DUNIA .

c ) Berpeluang bertanya APA jua soalan .

d) Belajar bagaimana menjadi usahawan kreatif dan berwawasan .

e ) Bagaimana menjadi usahawan mengeluarkan produk sendiri .

f ) Ilmu memulakan bisnes dengan modal minimum RM500 SAHAJA.

g ) Menjadi usahawan BERIMAN dan kaya wang .

h ) Tips Usahawan SOHO ( Small Business Home Office ) 

i ) Tips dan kemahiran IT .

j ) 10 kemahiran penting dalam BISNES .

k ) Lain-lain berkaitan dan relevan .

              BENGKEL akan diadakan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja bermula Januari 2023 sehingga 

Disember 2024 ( kecuali Ramadhan ) 

                      YURAN : RM150 ( Individu Umum ) 

                                        Pelajar / Mahasiswa : RM100 

                                        OKU  / Miskin Tegar Berdaftar : RM9.99 

                                      ( Harga YURAN bagi tahun 2023 & 2024 SAHAJA ) 

                                        Terhad 250 PESERTA sahaja 


                                      Antara Testimoni peserta bengkel bisnes pakaian :





“Alhamdulillah…hari ini sehari di rumah media melaka dapat ilmu yang
sangat2 berguna untuk dunia dan akhirat dari Tuan haji Saat Sulaiman..moga beliau antara orang-orang yang dirahmati hidupnya..amin!! Banyak ilmu yang dicurahkan dalam bengkel pakaian amat berguna untuk peserta bengkel….insyallah kami
akan praktikkan..teruja sangat..tq”

Puan Ruhilah Abd Karim ,Melaka

“Assalamualaikum,
Saya Zaidi merupakan peniaga pakaian lebih fokus kepada t-shirt di Uptown D’Kota 
( Damansara ), baru berniaga sebulan lebih. Sebelum berniaga saya sentiasa mencari-cari kursus yg menjurus kepada perniagaan pakaian, tetapi hampir tiada. Akhirnya saya menjumpai kursus yg dianjurkan En.Saat dan saya tidak melepaskan peluang walaupun di adakan di luar Lembah klang.
Kursus ini sangat berbaloi untuk saya kerana saya dapat mempelajari sesuatu yg baru tambahan pula En. Saat tidak kedekut menceritakan teknik-teknik untuk berjaya. Malah saya mengagumi cara En.Saat yg tidak mengabaikan hukum agama dalam mengejar kekayaan sebagai usahawan pakaian. Hal ini membuatkan saya sangat bersyukur dan lapang dada untuk memajukan bisnes pakaian saya.
Sekian. Terima Kasih”

Encik Zaidi,Damansara ,KL 

“Banyak ilmu yg sy dpt ms bengkel ini..Tahniah & Terima kasih kpd Encik Saat..teruskan usaha murni Encik utk menyatukan para peniaga pakaian khususnya Melayu supaya terus maju seperti bangsa lain ”

Cik Azlia Idha-KL

“Banyak input yg saya perolehi….tinggi sungguh ilmu tuan..semoga perniagaan yg kita semua jalankan diberkati & diredai Allah..”

Puan Norlia Abdullah-Johor Bahru

“Salam. Saya adalah salah seorang peserta Bengkel Usahawan Pakaian di Melaka. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada En. Saat kerana telah berkongsi ilmu dengan kami. Bagi saya yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini, kursus ini telah banyak memberikan pengetahuan yang lebih mendalam tentang bisnes pakaian. Saya berharap pihak penganjur boleh memanjangkan lagi tempoh kursus ini bagi memantapkan lagi pengetahuan kepada para perserta serta menganjurkan kursus sebegini lebih banyak sesi sepanjang tahun.”

Mas Ayu Mohd Yusof-Melaka

“Salam. Saya telah mengikuti Kursus Usahawan Pakaian di Melaka. Bagi saya kursus ini amat berguna kepada para usahawan dan bakal usahawan yang ingin menceburkan diri di dalam bidang pakaian. Dalam masa sehari, saya telah dapat pelbagai ilmu di dalam bidang ini. Saya amat berharap pihak penganjur dapat menyediakan sijil kepada peserta bagi menarik lebih ramai orang kita untuk mengikuti kursus ini. ”

Hildah Haron-Melaka

“Assalamualaikum… alhamdulillah akhirnya saya memperoleh ilmu yang sangat berguna di bengkel tuan… Sebelum ni saya ada pendedahan sedikit mengenai bisnes pakaian melalui buku tuan yg bertajuk “Buat Duit dengan Jual Pakaian”… Penerangan tuan dengan bahasa yang jelas dan mudah difahami telah menaikkan semangat saya dalam bisnes pakaian ni…Sebenarnya banyak salah faham saya berkenaan dengan bisnes, khususnya bisnes pakaian yang telah ‘dicuci’ oleh tuan. Pendek kata, bengkel tersebut sangat mematangkan pemikiran saya yang baru dalam ‘dunia niaga’ ini. Akhir kata daripada saya.. “Betulkan perkara yang biasa, dan biasakan perkara yang betul… wassalam. ”

Pn. Nor Hidayah binti Yusoff, 28 tahun – Guru.

Comments